Saturday, February 18, 2012

kehadapan awak yang dirindui selalu.

entah macam mana nak mula, risau juga awak tak terima saya seadanya sekarang ni. awak, maaf sebab hilang tanpa berita untuk jangka masa yang lama. saya rasa ini perlu untuk membuahkan rasa rindu yang telah lama terpendam dalam sanubari kita kan?

awak di sana apa khabar? semoga sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. saya disini usahlah awak khuatirkan. masih lagi disayangi dan digerami setiap mata yang memandang. ehem!

awak, saya sekarang telah pun menaiktaraf hidup saya kepada seorang loser yang terikat kepada rutin hariannya. 6.30 am bangun, mandi, solat, bersiap, kemudian kerja. pukul 5pm pulang, mandi, solat, makan, online sebentar, kemudian tidur. ianya berulang lagi hari demi hari.

alhamdulillah awak..rezeki anak-anak.. saya telah pun memulakan langkah kemas di sebuah audit firm terunggul di tanah air ini (exaggerate cerita). saya masih ingat lagi, tugasan pertama saya adalah di taman connaught,cheras. masa tu dia punya menggeletar sampai rasa nak menggelupur. sudahlah begitu, tandas di tempat klien pula takda pili, jangan kata air.pili pun tak ada! dah tu kerja gila juga nak suruh saya istinjak dengan tisu.

awak jangan soalkan tentang kesetiaan saya ya? colleagues saya semuanya cina. bermain hati dengan awak adalah lebih thrill pada saya.

awak, pilu juga sebenarnya hati ini bila setiap kali keluar audit naik kereta yang di dalamnya semuanya cina. nak tahu apa yang lebih pilu? nak tahu? ialah apabila dalam kereta dipasangnya radio cina juga. Ya Allah Ya Allah..dugaannya...

ini gambar saya petik semasa melakukan tugasan luar di port klang. ini bukan ofis saya ya. 
ini ruang kecil yang disediakan klien untuk kami melakukan kerja.
ya awak, twiggies dan neskepey itu santapan lunch saya, eiii sedihla macam ni.
kejap kejap. srooottttt  *hembus hingus*


Ini fail-fail, transaksi-transaksi yang perlu diperiksa..
nampak kemaen huduh lagi lokasi dia, tapi transaksi main juta-juta juga.kemahenn!


oh ya awak, ada satu hari tu, mungkin sebab saya belum adapt dengan perubahan seperti ini (stress sebenarnya), balik dari tugasan luar, naik saja ke ofis terus saya muntah-muntah. bila sampai di rumah, tolak saja pintu slide terus saya baring. kemudian terjadilah aksi-aksi seperti buka kasut sambil berbaring. dan lebih kurang 10minit selepas itu saya menangis di situ juga.kawan-kawan saya panik serta merta. hik3, comel taww saya ni kekadang.. 

awak, izinkan saya mencoret sedikit rasa dan perhatian di sini. ingin saya nyatakan bahawa jika perkara update-blog-sebulan-sekali ini berterusan, anggaplah kita sudah tiada jodoh atau saya sudah tiada kuasa nak berblog. awak maafkan saya ya kerana mengabaikan awak? 


akhir sekali, pecah kaca pecah gelas, sudah baca berani ke nak balas? hik3


yang benar dan menyatakan kebenaran,
-aleen aiden-

Wednesday, February 1, 2012

edisi memenuhkan perut dan beramah mesra

maaf sebab entry ni cerita tentang event yang dah kepam. jumaat lepas aku dengan abam top-top blogger ke pekan frinjan. Frinjan tu apa? ia aktiviti bulanan yang melibatkan muzik, puisi, teater, fesyen, buku dan senang-cerita-sila-gugel, tak reti-reti lagi?

dalam perjalanan aku di- briefed tentang frinjan ni sebab aku pun baru pertama kali jejak kaki ke sana. makanya abam top-top blogger ni terangkan yang aktiviti di frinjan diadakan sebulan sekali, pada jumaat malam, minggu pertama. tapi bulan ni dilewatkan ke hujung bulan sebab budak-budak exam..boleh pakai juga kan alasan dia bagi tu? heh.


sekarang boleh teka kenapa dinamakan frinjan 26?
ok akak cun malas nak layan kalau tak tau pun
sebab akak cun ni bukan penyabar sangat juga
sedangkan abam top-top blogger tu saja dah berkali-kali
makan penerajang akak cun ni.

yang akak cun nak cerita sekarang ni, sebelum kami ke pekan frinjan kami singgah makan di satu kedai. sebenarnya memang dari awal dah aim nak makan di situ pun. apa yang hado? mee kari ketamnya yang melambai-lambai!


yaa, seekor ketam bersaiz kakak-kakak terdampar
dalam mangkuk mee kari.
dan mee kari dia sangat mabeles okay sehinggakan
abam top-top blogger itu menonggengkan mangkuknya menghirup kuah



empat ekor ketam berjaya ditumpaskan dan ditelan dengan rakusnya



jenis orang-orang besar perut dan besar nafsu makannya,
2 orang pun dah terkeluar frame. kah3




sebenarnya ada lagi kawan abam blogger femes ni di meja belakang. lepas tu jumpa pula kawan-kawan abam blogger femes yang lain di frinjan. aku pun naik konfius juga sebenarnya, ini pekan frinjan atau majlis melepak bersama teman-teman abam blogger femes? keh3. 

dan disana aku jumpa juga dengan blogger-blogger lain. pendek kata, malas cerita. 

okay kenapa ketua rombongan kita panggil abam blogger femes? disini akak cun nak jelaskan okay? femes dalam entry ini didefinisikan bila anda mempunyai satu entry = 383 likes ye.. apa adik-adik? yaaa.. 1entry = 383 likes.. macam siapa? yaaa macam #heroiczero... kah kah kah.