Tuesday, June 28, 2011

en3 separa lucah wa yg 1st! (kejadah betei..)

(ok en3 ni mungkin kurang sopan.wa mintak sorry in advance!)

1) bila mana lu kata lu dah seminggu tak sihat,wa berlakon konon-konon concern,

bulu kaki rebond (wa lettew) : bawak-bawakla gi cek kat klinik..mana tau kot-kot kena penyakit berjangkit..batuk berdarah ke,influenza ke,siflis ke...
bulu kaki kerinting : siflis tu konek bernanah la sengal!haa..hamek kaw!hahah -> ini dia yang cakap ye,bukan aku!

wa stret kasi dia "bodo!" satu round.habis mana la wa tau siflis tu penyakit yang itu!wa sebut pandaila.keh3
wa pun iya kan je.tah-tah dia pon main pakai sebat!

bulu kaki rebond : nanti jangan lupa beli 100plus,minum.bagi demam tu membawak ke kebah.lu beli coke siapla,wa chokeslam lu tak agak-agak lepas tu.


2) bila mana dia baru coba-coba nak giat ke gym,baru 2kali check in dah sakit2 badan,wa buat-buat concern lagi,

bulu kaki rebond : tak payah la nak extreme sangat exercise tu kalau dah sakit badan..buat yang light-light sudah..
bulu kaki kerinting : ok ok,tak buat yang extreme-extreme dah..datang gym main kat rak kasut je k..

sekali lagi wa libas dia dengan perkataan "bodo!"

3) bila mana wa stress pasal study,wa rujuk lu,lu pulak buat-buat concern,

bulu kaki kerinting : ikut kamu la dak aleen,apa-apa pun kamu decide,kami support kamu dari depan.dari belakang tak boleh,nabi tak mengaku umat.heeee

wa terus menangkap ayat dia.comel la konon lawak macam nih?ini kalau tetiba hinggap sedas kat dahi lu kaki-sakti-berhikmat wa ni lu jangan tanya kenapa la.


*** wa cuma nak kabor,wa rindu penggeli hati wa yang ini.walaupun nak ikot tahap kekejian,lu orang pon ada je yang sama keji..kan?
*** untuk lu orang yang giler kencang di blog wa dan facebook,trimas!!!ini tribute untuk kawan-kawan.ye..lu orang penggeli hati wa.sila percaya!suweet dak?keh3

*** wa kompius juga sebenarnya,ini melucah ke mencarut gamaknya?individu bawah 18tahun,sila 'undo' bacaan anda!


Saturday, June 25, 2011

fesyen "rembat aje la bhai!"

dah lama tak update,maka tercetuslah satu kesimpulan ringkas yang dapat aku simpulkan.bukan melalui simpulan tindih kasih,lilit balak mahupun simpulan buku sila,tetapi simpulan manok.ye...(silap gaya lagu pengakap pon aku hapal kejap lagi.hahah)
apakah kesimpulan itu?ya...iaitulah,semakin jarang kita meng'update blog,makin tumpul lah otak nak memikir ayat-ayat gojess dan gonjeng!ngerti?!haishhh

satu cerita pendek,
minggu lepas aku terserempak dengan hatta dolmat di lobi hotel legend.aku pun kemaen laju bukak langkah.kalau kaw hengat aku laju bukak langkah nak mintak dia sain atas belakang,kaw silap besar.aku sebenarnya buka langkah menyorok dibalik tiang.step aku masa tu ada feel macam james bond juga sebenarnya.



kaw gila pakai macam nih nak lalu depan hatta dolmat?!
kardigan biru,seluar coklat,shawl hijau
tambah satu kaler lagi orang pon boleh kompiusla mana
satu aleen mane satu clown..kah3

aku tak tau kenapa masa tu perasaan seperti melalui roadblock,kalau aku jalan depan lagi aku bukan ditahan polis trafik,tapi polis fesyen.cuak juga tahu!agaga~

owh ye,gambar di atas bukan gambar dibalik tiang ye.itu dibalik cermin namanye.kah3

Thursday, June 16, 2011

dolah akoi - ini baru betul-betul legend!

dolah akoi,bagi kaw dia mungkin saja seorang seorang yang biasa.tapi bagi aku dia adalah seorang legend yang true.digeruni oleh orang-orang kampung bangau dan dikenali penduduk sekitar bandar temerloh,kisah kepahlawanannya saja dah membuatkan aku bangga.tak hairanlah dolah akoi digerami selalu oleh isterinya tercinta.keh3

ya,bab kepahlawanan dalam rumahtangga juga memang nampak dolah akoi pesen taknak kalah.dikurniakan anak-anak yang sihat,dan cucu-cucu yang comel,tak terkira bilangannya.entah mana silapnya,dapat pula seorang cucu yang keselak tahap tak semenggahnya.aleen aiden.

bilamana bermain meriam buluh,dia tak beragak menghalakan muncung meriam kerumah sendiri.dah ditempik anak mak mah nombor satu,tau pula tak cukup tanah nak berlari.tahun lepas baru terbuka rahsia cerita ni.rupa-rupanya yang ditempik tu adik sendiri,aku dah mula gelak tak sedar diri.kah3.bengap tak bengap juga aku masa dulu rupanya.
masuk hutan nak menyauk ikan,teserempak dengan babi,kaw toksah tanya macam mana aku handle situasi genting macam tu.kalau tak cukup kental memang akan berakhir dengan situasi dimana kaw disondol dan kemudian end up kaw berada dibawah binatang yang jambu-jambu itu.comel bukan?tapi spirit babi bila mengejar memang sama kencang dengan spirit di bahagian kakinya bila berlari.
sudah cukup bukti menunjukkan cucu yang satu ini bukan sepesen dengan yang lain?ha3,waber betei...


baru-baru ni nama dolah akoi disebut-sebut di laman sosial facebook, Temerloh United.kelab untuk anak2 pahang beramah tamah.lalu diceritalah oleh mereka-mereka yang mengenali dolah akoi,semasa kecil sangat menggeruni seorang seorang yang biasa ini.dengar saja bunyi rantai basikal dolah akoi dari jauh,dah lintang pukang lari sembunyikan diri.tapi dolah akoi walaupun garang,rajin juga dia hulur cekelat ke budak-budak zaman itu.
pernah dikatakan,ada masa dia tampor kerbau,kerbau pon boleh mati.punya berdaulat tangan dolah akoi.tapi kesahihan aku tak pasti.yang aku tau dia memang dikenali.
aku agak kalau sempat dolah akoi kenal cucu dia yang ini,tangan yang menampor dengan pipi yang ditampor,sama senak gamaknya dak?kah3.pesen cucu yang nih degilnya memang tak boleh nak runding,memang tak dapat nak buat apa sangatlah..

*selepas setengah jam
haishhhh aku  memang dari dulu,asal nak tutup cerita je GAGAL "dengan kaler-kaler terbang"
(with flying colors)

Tuesday, June 14, 2011

tak dapek lagi dah nak membesar..

Hari ni aku takda cerita yang gila thrill,atau yang menampakkan ke-awesomeness seorang aleen aiden.sebaliknya,amboi “sebaliknya” disitu.kejap lagi aku kasi naik perkataan “sementelahan” nampak sangat pula BM aku A+ sebenarnya.

cerkon aku kali ini akan menampakkan  aku sedikit loser aku agak.mungkin juga akan tercetusnya fenomena gelak berdarah lepas nih?kaw tunggu.

aku di Pahang sentiasa di supply kan dengan susu tepung yang dananya adalah dari mak mah sendiri mahupun anak mak mah nombor  4. Jadi anak mak mah nombor 5 (aku lettew) memang tak cakap banyak,tanggungjawab dia memang togak air susu saban hari.amboih!cemerlang sangat BM aku zaman sekarang nih.saban hari bapak!ha3

ada satu malam,aku bancuh air susu macam biasa.tapi rasa dia malam tu aku macam tak berapa nak biasa sangat.aku pun ajukan kemusykilan aku pada mak mah.

“mak,apsal susu nih rasa dia lain sikit eyh?ke da expired mak?”

Mak aku jawab dengan muka tak bersalah,macam takde apa-apa..
“tu susu budak-budak..susu ashu minum tu dah habis..”
“aritu kan masa pilihanraya BN banyak bagi susu tepung..”
Keadaan sunyi sepi seketika.


Ark,Ark,Ark...


Bahahahaha!
Aku gelak tak cukup nafas!lawak pesen apa mak aku bawak nih..nak di tala kepala tu,mak sendiri.aishh!rasa sucks juga masa tu sebenarnya.seriyes tak puas hati,aku pergi bukak lemari,cek label.

FRISO GOLD,langkah 4.untuk kanak-kanak 3-9 tahun.

Pffffttt!rasa nak pangkah-pangkah je anak tok bada ni lah!mujur mak sendiri.hahah
Dia punya strategi kemaen awesome lagi!tin susu tu die letak belah atas supaya aku tak perasan.susunya dia salin ke bekas lain.nampak tak permainan dia kat situ sebenarnya?dah tu kejap lagi kalau ada yang buat perangai sebelum tidur isap ibu jari nak salahkan siapa kekdahnya?aish!


* kepada sesiapa yang mengenali aleen aiden secara realitinya, kaw toksah nak pass pass sangatlah link blog ni kat kawan kawan aku yang lain.kerjasama anda amat dihargai.